Honda Wave Dash versi Repsol

Assalamualaikum
Okey... Kali ney saya nak cerita pasal motor kapcai ney 'Honda Wave Dash versi Repsol'. Saya pernah berminat dengan motor ney sebab design dia cantik... Woah, ade tulisan 'Repsol' memang rasa bagaikan seorang pelumba motor.

Wow.. mengancam oo..

Sebenarnya member saya sendiri ada pakai motor ney. Haritu kami konvoi (kecil-kecilan) pegi lumut.. So, dapat la jumpe member dengan motor baru mereka. Member yang pakai Honda Wave Dash ney ada 2 orang iaitu Muhd Iskandar Zulkarnain dan Muhd Nur Azamudin. Tapi yang pakai versi 'Repsol' ney Iskandar je..

Iskandar dan motor awsomenya.. :D
Tengok member pakai motor ney, terasa pula nak beli. Nampak stylo dan bergaya. Uuuu.. Harga pun not bad dalam RM 5,129. Nak feel seperti professional racer ianya sangat berbaloi dengan harga tu. Walaupun nampak bergaya dan hebat, perestasi motor ney kurang memberangsangkan. Engine 110cc tak sesuai dengan motor yang design seperti ini.  Topspeed motor ney kalau ikut meter motor cuma dapat cecah 120km/j. Mengikut jangkaan saya, ia mungkin dalam lebih kurang 105 km/j mengikut meter gps.

Azam..
105 km/j agak menyedihkan untuk design motor racing macam ney. Saya guna Yamaha 135LC dapat memintasnya dengan mudah. (Hahaha.. Sorry bro). Memang sepatutnya lah saya dapat memintas motor Honda Dash ney sebab LC pakai engine 135cc. Cuma saya tak puas hati sebab honda letakkan engine 110cc untuk motor sehebat ney.  Sepatutnya Honda letakkan engine motor kapcai yang terbaik seperti yang terdapat dalam Honda Future (125cc). Lagi satu yang tak best ialah capacity fuel tank motor ney. 3.7L je? Ia terlalu sikit dan tak sesuai untuk long distance travel. LC saya pun 4L.






Well, sekarang saya dah tak berminat dengan motor kapcai lagi sebab topspeed motor ney terlalu rendah jikalau dibandingkan dengan bacaan meter motor tersebut. Keep calm and save money for Yamaha FZ150i.. Uuuu..
Motor-motor yang join konvoi.. 2 Honda Wave Dash, Honda Future dan Yamaha 135LC(saya punya).
Tapi apa-apa pun tengok la video promotion ney. Honda Blade 110R (Honda Wave Dash versi Indon). Spesifikasi sama cuma headlight dengan beberapa part lain berbeza dengan Honda Wave Dash kita. Maaflah sebab tak jumpa video promotion Malaysia (rasanya tak ada).




Honda Wave Dash versi Repsol Honda Wave Dash versi Repsol Reviewed by Unknown on 11:30 PG Rating: 5

2 ulasan:

  1. tak sesuwai untuk perjalanan jauh enjin kacau

    BalasPadam
  2. aku dah dua tahun pkai moto ni... alhamdulillah masih elok walaupun banyak kali bwk pi route lasak... dari kuala kangsar ke nilai hanya RM 20 lebih sikit je...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.